Trip : Hounon Farmstay, Bundu Tuhan Sabah (Part 1)

I was always asked, "Is Hounon a nice place?"
 
"Surely ya!"
Hounon Farmstay, Bundu Tuhan Sabah
Tempatnya agak jauh dari jalan utama Bundu Tuhan namun, perjalanan itu sangat berbaloi dengan pemandangan dan suasana kampung yang mendamaikan. Hilang segala rasa stress ketika bekerja.

Untuk sampai ketempat ini senang ja, masuk simpang Bundu Tuhan dan jalan terus sehinggalah ke Kampung Himbaan. Bila sampai kampung Himbaan, masuk simpang sebelah kiri ikut jalan ke Gereja. Disana akan ada signboard ‘Hounon Farmstay’. Ikut jak jalan yang agak gruble itu dan anda akan sampai destinasi peranginan yang memukau hati.  

First Impression bila sampai tempat itu……… WOW ! cantik…

HOUNON bermaksud berkabus.  Hounon merupakan Bahasa Dusun. Dusun merupakan salah satu bangsa dominan dalam negeri Sabah. (mau tau lebih lanjut ? sila ding dong bell me! Haha). 

Hounon Farmstay agak terasing dari perkampungan. Ia punya kawasan sendiri dalam muka bumi Ranau. Saya tidak mampu menceritakan kisah Hounon secara lebih terperinci tetapi, akan saya biarkan anda semua menikmati keseksian Hounon melalui gambar-gambar dibawah. Biarkan gambar mewakili perkataan dan perasaan kami tika itu. 


Hounon Farmstay, Bundu Tuhan Sabah
Hounon Farmstay, Bundu Tuhan Sabah

Hounon Farmstay, Bundu Tuhan Sabah

Cuaca waktu itu sangat bersahabat dengan kami. Tersenyum dalam lambaian sang bayu petang juga, mesra dalam sinaran mentari gunung Kinabalu. 

Sebenarnya outing ini telah dirancang berbulan-bulan lamanya bersama keluarga besar gereja dimana tempat saya membesar dan mengenal erti sebuah kehidupan sejati.  After church kami bertolak ke Hounon secara konvoi. Kami ada 52 orang semuanya termasuk kanak-kanak kecil. 

Hounon Farmstay, Bundu Tuhan Sabah


Hounon Farmstay, Bundu Tuhan Sabah
Ok.ok..cukup cerita untuk entri ini, sila nikmati gambar-gambar kami waktu itu tanpa rasa cemburu mahupun, kedengkian. :XD
Hounon Farmstay, Bundu Tuhan Sabah
Well, we didn't have the time to explore the place more, but it was not at all a regrettable experience. Next time we will be back, and see if I can tell you more about the place. :). 

Apa pun, masih ada cerita dibalik percutian ke Hounon yang belum dilampiaskan dalam entri ini. Oleh itu, nantikan sambungan kisah Hounon Farmstay Part 2 selepas ini. 

Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
Saya sgt tertarik dgn ulasan yg sgt mencuit hati ini... Saya pun ada plan maw bawa church member ke tpt ini... Boleh tanya berapa kos tggl? Mkn mcm mana? Atau boleh bagi contact number owner tpt in... Thkn so much and Shalom...
precious cla said…
Shalom..

Rufiena boleh try contact this person :

https://www.facebook.com/hounon.masanog

Mungkin dia boleh assist you.

:D