Kembara Gunung Kinabalu Bersama M.Magendran

Dahulu, Kini dan Akan Datang sukaku pasti tak akan lenyap pada Gunung Kinabalu. Meski mungkin nantinya saya akan menjadi gendut segendut gajah atau nantinya saya akan tua tak mampu berjalan, sukaku pasti tak akan hilang.

Mungkin ramai berkata untuk apa mendaki gunung yang sama berkali-kali. Rupanya tidak berbeza, bentuknya masih sama, jadi untuk apa ? hanya memenatkan kaki, membuang masa berjalan berjam-jam hanya untuk melihat alam yang sama ?

Mendaki untuk refreshing, membunuh waktu ? setiap pendakian adalah inspirasi, bertukar senyum kala nafas seakan tersekat untuk beroperasi dan banyak hal-hal kecil yang akan membuatmu terasa betapa berharganya hidup ini dan ruginya jika tidak digunakan dengan sewajarnya.

Merasa bumi  tidak indah lagi ? Gunung Kinabalu masih indah, menginspirasikan dan itu sebabnya saya suka kesana. hehe..Ok, tahun depan saya akan mendaki lagi , lagi dan lagi. Mahu join atau korang ada team sendiri tetapi tidak tahu macam mana cara mengurusnya ? jangan bimbang, saya boleh bantu !
Kembara Gunung Kinabalu
Mendaki, mendaki jugak..gambar jangan lupa dipotret sebagai kenangan dihari tua (cewah!). Yang ni gambar saya ketika mengikuti team M. Magendran ketika usiaku masih mentah dan sangat dijaga oleh bapa Peguam dibelakang itu. well, kami kan peserta paling remaja dan paling disayangi waktu itu (haha) . yang lain-lain semuanya berstatus 'beliau-beliau' :P

Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
gunung kinabalu memang terbaik utk para hikers ***
precious cla said…
Yup, saya setuju :)