loading...

30 Ogos 2017

Bukit Perahu, Tamparuli Sabah

Negeri Sabah kaya dengan pesona alam yang memukau. Eksplorasi ke pergunungan, bukit-bukau, atau ke pulau dan lautan ? semuanya boleh diperoleh di negeri Sabah Bawah Bayu. Artikel kali ini, sekali lagi berbicara tentang aktiviti hiking ke salah satu bukit terkenal dinegeri ini. Bukit Perahu, Tamparuli
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Berjalan sendirian terkadang mengasyikkan tetapi, untuk program seperti hiking melangkah sendiri pasti bukan sebuah pilihan yang terbaik. Saya bersama #TeamGBK ternyata sangat bersemangat bangun lebih awal untuk tujuan mendaki bukit Perahu. Biasanya, hujung minggu iaitu Sabtu sering digunakan untuk bangun dari tidur lebih lewat dari biasa kerana, memang hari Sabtu adalah hari cuti. Namun, tidak untuk hari itu.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Menyaksikan matahari terbit dari puncak Bukit Perahu pastinya bukan tujuan utama kerana, kami tiba agak lewat. Kami berjalan santai tanpa ada yang mengikat. Tidak terikat dengan waktu juga, tidak berlumba untuk mencari nama siapa lebih pantas tiba dipuncak bukit tersebut. Kami menikmati perjalanan sambil menghirup udara segar pagi itu. 

Sebenarnya, ini bukan perjalanan pertama saya ke bukit ini. Sebelumnya, saya mendaki ketika matahari hampir melabuhkan tirai tugasnya tetapi, kali ini saya memulai perjalanan ketika matahari baru memulakan tugasnya dinegeri ini. Bukit ini agak tinggi dan sepertinya sepanjang perjalanan tidak ditemukan jalan yang datar untuk memanjakan kaki untuk bersantai seketika dari terus berusaha keras untuk melangkah. Waktu untuk mendaki Bukit Perahu adalah kurang dari satu jam. Tidak terlalu sukar tetapi, cukup membantu untuk memaksa peluh keluar dari liang-liang kulit. 

Disetiap pendakian sering ditanyakan satu soalan 'cantikkah' tempat itu ? Tentu saja. Disetiap puncak selalu disajikan sebuah pemandangan indah saujana mata memandang. Dipuncak Bukit Perahu, anda mampu melihat pemandangan keseluruhan kawasan Tamparuli. Sunrise dan sunset dari puncak bukit ini terlihat lebih mewah berbanding ketika kita melihatnya dari tempat yang rendah. 

Siapa yang boleh mendaki ? 

Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Siapa saja boleh. Sesuai untuk semua peringkat umur dengan syarat tidak mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Tambahan pula, mendaki bukit ini adalah percuma. Apa yang saya kesalkan ketika mendaki bukit ini adalah ramainya sang pasangan yang bergandingan tangan umpama kawasan itu adalah taman. Saya mengerti jika tangan dihulur untuk membantu tetapi, saya sangat tidak mengerti jika sepanjang perjalanan berpimpin tangan dan menghalang perjalanan orang lain. Lagi teruk, berjalan sambil ketawa-ketiwi seperti kawasan itu adalah hak keluarganya dan mereka bebas melakukan apa saja. Saya selalu berharap disetiap kawasan alam semulajadi yang tertatah rapi mempunyai suasana tenang dan damai. Bukan hura-hara suara manusia teruja ketawa-ketawi seperti ada sesuatu yang sedang mereka raihkan. Lagi teruk, bagi sang pengotor yang tanpa rasa bersalah membuang sampah merata tempat. Itu biadap sekali !

Apa pun, mendaki Bukit Perahu merupakan hal yang indah apatah  lagi, turut serta dalam team ini adalah budak dibawah umur 8 tahun yang ghairahnya terhadap perjalanan tanpa bantuan orang dewasa sangat tinggi.  Meski, ada waktunya mereka berhenti mohon dengan rela dipimpin tangannya atau sesekali didorong dari belakang agar tetap semangat.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Jika ketika tiba dipuncak bukit Perahu, tekak anda tiba-tiba berasa dahaga dan inginkan minuman manis yang sejuk, jangan bimbang kerana diatas bukit ini juga terdapat penjaja. Harga minuman tin sedikit lebih mahal tetapi, ketika berfikir tenaga dan jarak mereka mengangkat jualan tersebut, harga itu adalah masih berbaloi.

Usai aktiviti hiking, kami singgah sebentar di Pekan Tamparuli. Hal wajib bagi pengunjung Tamparuli, tidak sah jika sekadar melihat jambatan tamparuli dari kejauhan. Wajib tapak kaki anda memijak jambatan Tamparuli dan juga, tidak sekadar harus memijaknya tanpa mengetahui sejarahnya pula. Kenapa ia dibina ? ada sejarah sedih dibaliknya. Jambatan Tamparuli ada dua, satu darinya digunakan sebagai laluan kenderaan dan satu lagi jambatan gantung dan, saya tidak sedang berimaginasi ketika menuliskan bahawa Jambatan Tamparuli merupakan salah satu jambatan yang terkenal didunia.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Saya masih mahu menulis tetapi, mungkin tidak harus saya tumpahkan semuanya pada artikel ini. Nantikan artikel saya tentang bukit Gundul, Sepanggar selepas ini. Hidup ini indah, jangan bazirkan dengan hanya berimaginasi tetapi; keluar, melangkah dan menikmati keindahan alam yang ada dan darinya jangan pula lupa untuk bersyukur.

22 Ogos 2017

Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah

Hello everybody ! I will not talk too much, but what I want to say is 'You Will Love It' ! Hiking di Bukit Trig, Apin-Apin Keningau
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Sebelum saya teruskan, ada satu pesan buat para penggemar hiking 'anda harus mencuba laluan Bukit Trig Apin-Apin Keningau' ini. Pemandangan terbaik !
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Ada kata pernah mengalir dari mulut seseorang 'kenapa terlalu mengagungkan keindahan negara luar?'. Sebenarnya bukan mengagungkan keindahan negara luar semata tetapi, dibaliknya kita bersyukur kepada Tuhan kerana karyaNya bebas dinikmati oleh siapa pun dan negara itu mempunyai keunikan dan keindahan tersendiri.
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Membuka mata, melihat dan mengecapi  alam semulajadi yang segar merupakan suatu nikmat yang seringkali dicemburui oleh kebanyakan manusia. Saya dan sekumpulan rakan dari Keningau,  Kota Kinabalu, Inanam dan Kudat bersepakat untuk mendaki Bukit Trig, Apin-Apin Keningau. Setiap kaki yang melangkah diharapkan mencapai tujuan iaitu, puncak.

Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Namun, harapan tidak selalu berakhir dengan kejayaan. Kami bermula ketika pagi sudah larut, matahari sudah menguasai kepala. Saya pula tidak membawa topi, menyangka ia hanyalah sebuah perjalanan mudah. Tanah waktu itu agak kering menyebabkan jalan berdebu dan licin dek debu kerana waktu itu merupakan musim panas. Kaki yang melangkah harus sangat rapi, jika tidak kemungkinan kemalangan akan berlaku. Bagi sang pemilik rasa gayat, Bukit Trig mungkin bukan medan untuk anda. Tebing bukit agak curam, sebenarnya ia memang curam.
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Tetapi, ketika berada diatas puncak bukit itu.........anda akan merasakan satu hal iaitu 'kepuasan'. Bukit Trig memiliki tujuh bukit semuanya (maaf kalau salah) dan rasanya saya hanya mampu sehingga bukit ke empat. Bukan kerana lelahnya kaki maka perjalanan terhenti melainkan, teriknya mentari maka saya harus berpatah balik. Saya tidak mahu terkena strok haba diatas bukit itu. Untuk apa meraih sebuah kejayaan jika akhirnya anda merana seumur hidup. Untuk setiap situasi paling kurang kita pasti mempunyai dua pilihan dan kerana itu saya tidak memaksakan kaki saya untuk terus berjalan maju. Bagi kawan-kawan yang telah berjaya, anda memang hebat ! anda memang bukan sang putera/i lilin (haha). Bagi yang beranjak turun lebih awal tanpa memperjuangkan kata 'puncak', mungkin ada sebab tersendiri 'kenapa' ?
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Bagi anda yang mahu ke Bukit Trig, Apin-Apin Keningau..pastikan kesihatan anda tiada masalah. Jangan lupa bawa topi juga, kerana matahari bersinar dengan sangat cemerlang dibukit itu. Pakai kasut yang tepat dan sentiasa bawa air. Amalkan hidup sihat dengan berhiking tetapi, tetap tidak melupakn apa yang pertama dan utama dalam hidup ini. Oh ya, untuk hiking ke Bukit Trig Apin-Apin anda akan dikenakan yuran masuk RM3 bagi seorang dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak. Jika mahu sijil, anda perlu membayar sijil tersebut dan ia tidak termasuk dalam harga yuran kemasukan.

14 Ogos 2017

Bohemian Roaster Gangneung, Pyeongchang Korea

Siapa yang tidak suka kopi ? dia pasti tidak berjiwa romantik dan juga tidak pemberani. Rasa terganggu dengan kata-kata ini ? sebenarnya tidak begitu. Setiap kita punya pilihan samaada, mahu susu, kopi atau teh. Saya antara manusia penggemar teh berbanding kopi tetapi, saya juga sangat tahu jika kopi merupakan minuman elegant dan pilihan ramai serta diangkat sebagai minuman 'high class' sesetengah masyarakat.
Bohemian Roaster Gangneung
Sebuah lokasi yang terdapat di Gangneung, mungkin merupakan sebuah destinasi wajib bagi sang pencinta aroma kopi. Mengapa ? kerana dikawasan ini tidak hanya, 2,10, atau 15 kedai kopi tetapi, lebih daripada 300 kedai kopi yang istimewa.

Salah satu kopi terhasil di Gangneung dan terkenal adalah Bohemian Roaster. Kopi disini sangat hebat rasanya, harga berpatutan dan hadir dengan menu pilihan tersendiri. Harga adalah sekitar 5000-6000 won. Selain itu kawasan Bohemian Roaster juga menyajikan pemandangan lautan dan pokok-pokok rimbun disekitarnya.

2 Ogos 2017

Gangneung : Coffee Festival

Korea Selatan menghimpunkan banyak tarikan kepada dunia pelancongan dan juga, kepada dunia rasa sang penggemar aroma klasik kopi. Bagi pemilik rasa kopi, tulisan ini sangat tepat buat anda. Gangneung, Korea Selatan merupakan salah satu lokasi sukan Olimpik musim sejuk 2018 dan ia turut digelar sebagai bandar kopi.

Bandar Kopi ? Ya, bandar kopi ! kerana didalam kota ini terdapat lebih daripada 300 kedai kopi  bertema, muzium kopi, barista generasi pertama, akademi kopi dan turut diadakan Gangneung Coffee Festival setiap tahun.
Gangneung : Coffee Festival
Gangneung Festival Coffee julung kali diadakan pada tahun 2009 dan acara ini berjaya menarik sang penggemar kopi dari serata dunia. Pelbagai acara dilaksanakan bagi memeriahkan suasana Festival tersebut antaranya ; Barista performance, sampling coffee, seminar, stamp rally, world coffee zone and outdoor Cafe Zone by particapting cafés from the Gangneung area. 

Masuk /Yuran penyertaan : Percuma (sesetengah aktiviti dikenakan bayaran)
Alamat : 131, Nanseolheon-ro, Gangneung-si, Gangwon-do.

Pengangkutan :
(Bas)
-Dari Gangneung Intercity/Expree Bus Terminal, ikut bas no. 221
 Turun di Anmok (hentian akhir) dan berjalan ke lokasi Festival (10 minit)
-Dari Gangneung Station, ikut bas no. 223 ke Anmok.

(Teksi)
Ikut teksi dari Gangneung Buas Terminal ke Gangneunghanh Port (sekitar 20 minit)

BOHEMIAN ROASTER

Memetik kata inspirasi Park Yi Choo,  seorang Coffee Master 'perkara paling penting ialah membuat kopi yang boleh diminum dalam tempoh 10 tahun atau 20 tahun mendatang. Ia lebih baik daripada sekadar mengikuti trend kopi'.
Gangneung : Coffee Festival
Mr Park Yi Choo merupakan barista generasi pertama yang mewujudkan Bohemian Roasters. Beliau memulakan perniagaan kopi di Kota Seoul pada tahun 1988 dan kemudian berpindah ke Gangneung pada tahun 2000. Beliau terkenal dengan resepi tersendiri iaitu kopi panggang. Kopi panggang bancuhan Park Yi Choo boleh dinikmati dicawangan kafe Yeongjin atau Gyeongpo.

Alamat : 107 Haean-ro, Sacheon-myeon, Gangneung, Ganwon-do.

TERAROSA CAFE AND COFFEE FACTORY

Terarosa bermula sebagai sebuah kilang pembekal biji kopi kepada kafe-kafe. Rekabentuk dalaman Terarosa bercirikan saofistikated dan unik. Selain kopi menjadi hidang utama, kafe ini turut menyediakan brucnh menu kepada para pengunjungnya.
Gangneung : Coffee Festival
Pemilik Terarosa Cafe, Mr Kim Yon Deok mempunyai impian untuk menjadikan cafe ini sebagai Cultural Cafe. Para pengunjung boleh menikmati kopi terbaik Terarosa secara santai bersama rakan-rakan atau keluarga sambil membaca buku, menulis atau sekadar menikmati menu yang ada. Terarosa menjadi lokasi pilihan setiap diadakan mini Konsert.

Kim Yon Deok menjelaskan bahawa 'Terra Rossa bermaksud batu-bata berwarna merah di Portugal. Ia turut digelar sebagai 'a land of hope' di Brazil. Membina budaya kopi itu sangat penting. Justeru itu, saya ingin mewujudkan ruang budaya didalam kilang kopi itu'.

AMNOK CAFE STREET

Sang penggemar kopi menggelarnya sebagai syurga kopi. Membayangkan saja pun sudah cukup membuat saya alpa akan waktu, menyedut aroma kopi sambil memejamkan mata...ahhhh that modern! Dahulunya, para pengunjung Amnok Street menikmati kopi daripada vending machine sambil dihadapannya terentang indah lautan nan membiru. Musim berganti musim, vending machine bertukar menjadi deretan kafe kopi dan ia merupakan milik para barista.
Gangneung : Coffee Festival
Panjang Amnok Coffee Stree adalah 5.67KM dan terdapat 20 kafe kopi daripada 300 jumlah keseluruhan kedai atau kafe kopi di Gangneung.  Amnok Coffee Street menjadi pilihan para pengunjung bertandang kerana, selain menikmati secangkir kopi istimewa, kawasan ni turut tertatah rapi oleh alam semula jadi laut dan pantai. Sebuah gabungan rasa yang sempurna, bila mulut menikmati kopi , mata pula dijamu dengan seri alam lautan dan pantai. Deruan ombak bersatu dengan aroma kopi.

Lagi istimewa, kopi yang dijual di Amnok Coffee Street adalah istimewa dengan masing-masing kafe mempunyai resepi  beserta desert menu tersendiri. Bagi sang penggemar kopi, Amnok Coffee Street merupakan satu tempat yang tidak boleh tidak dilawati. Harus dan  wajib pergi ke Amnok Coffee Street !.

Alamat : 17, Changhae-ro, Gangneung-si, Gangwon-do (Amnok Beach)

Pengangkutan :
(Bas)
-Gangneung Express Bus Terminal . Bas no. 2002-1 atau 303-1 ke Amnok
(Teksi)
-Ikut teksi ke Amnok (anggaran masa : 20 minit)

COFFEE CUPPER MUSEUM

Sang penggemar kopi tidak seharusnya menikmati kopi hanya dengan lidah dan mulut tetapi, harus dengan hati dan pengetahuan. Coffee Cupper Museum merupakan sebuah muzium yang menyimpan sejarah dan koleksi kopi-kopi yang jarang ditmui didalam dunia. Para pengunjung berpeluang mengenali sejarah serta budaya kopi yang unik serta, berpeluang mempelajari dan mengikuti pengalaman menarik pemilik dan pengusaha kopi.
Gangneung : Coffee Festival
Coffee Cupper Museum tidak sekadar sebuah muzium tetapi, turut mempunyai ladang kopi. Mesejnya mudah, agar proses kejadian kopi daripada proses penanaman sehingga ke pasaran dunia diketahui umum terutama oleh para pencinta kopi.

Program/aktiviti : 10,000KRW per program
*coffee roasting
*Hand-dripping
*Espresso Extraction
*Planting activity
*Chocolate activity

Yuran masuk : 5,000 KRW 9dewasa) / 4,000 KRW (4-19 tahun)
Alamat : 2171-19 Wangsan-ro, Wangsan-myeon, Gangneung-si, Gangwon-do, Korea

Pengangkutan
(Bas)
Dari Gangneung Intercity Bus Terminal, ambil bas bernombor 507, (mengambil masa 40 minit)