4 Januari 2018

Hello PyeongChang ! D-30 Event for PyeongChang 2018 Winter Olympic Games

Pejam celik pejam celik tidak terasa PyeongChang 2018 Winter Olympic Games tidak lama lagi akan membuka tirai. Sebuah acara berprestij dunia ! 
Hello PyeongChang !
Sehubungan dengan itu, pihak Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia dan Gangwon Province bakal menganjurkan sebuah acara yang di kenali sebagai Hello PyeongChang. Acara ini akan berlangsung selama  tiga hari bermula pada 11 hingga 13 Januari 2018 bertempat di Korea Plaza, Tingkat Bawah, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput hadir alam acara ini.
Hello PyeongChang !
Dalam acara Hello PyeongChang ini, and berpeluang untuk bergambar dengan Maskot Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim  Sejuk 2018 iaitu, Soohorang dan Bandabi. Selain itu, anda akan berpeluang memberikan kata-kata semangat kepada atlet tunggal Malaysia yang akan beraksi dalam sukan Olimpik PyeongChang itu nanti. Semasa acara itu, anda juga berpeluang untuk memenangi Soohorang dan Bandabi - Soohorang merupakan seekor harimau putih sebagai simbol percaya, kuat dan melindungi. Manakala, Bandabi  merupakan beruang hitam Asia sebagai simbolik kuat dan berani. Tidak hanya itu, anda juga boleh bermain 'Play Mini Ice Hockey and Curling Game'.
Hello PyeongChang !
Mr Lee, Managing Director of KTO Malaysia berkata : ''Sejak beberapa tahun lalu terutama pada tahun 2017, KTO telah berusaha keras mempromosikan lokasi-lokasi indah berkaitan dengan sukan berprestij dunia ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program ini. Tahun 2017 merupakan tahun yang dinamik dan bermakna kepada KTO Malaysia di mana kami telah melancarkan 'WOW ! PyeongChang Malaysia Supporters'. Kami juga telah menemui permata sukan  yang tersembunyi di bandar-bandar Olimpik termasuk atlet Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk ini dan ia amat memeranjatkan kami ! ''. 

Hello PyeongChang !
Sebelum 2017 berakhir, laluan baru KTX Wonju telah memulakan operasinya dan ini menjadikan inisiatif kami menerokai Korea hampir menjadi realiti. Laluan baru ini secara rasminya akan beroperasi pada bulan Febuari 2018 sejajar dengan bermulanya Sukan Olimpik Musim Sejuk. Pujian dan tahniah kami berikan kepada semua yang telah terlibat dalam mempromosikan acara berprestij ini dan kami mengalu-alukan anda untuk menyertai pra-sambutan bersama kami.
Hello PyeongChang !
Sebagai tambahan, turut diadakan sebuah seminar istimewa diadakan pada 13 Januari iaitu 'Christmas in March'  secara percuma bagi memudahkan pelancong atau sesiapa sahaja yang akan melancong ke Korea.Christmas in March merupakan acara yang telah direka khas oleh Korea Tourism Organisation and Gangwon sebagai memperingati Sukan Musim Sejuk Olimpik dan Paralimpik 2018 bersama.

''Musim salji masih berlangsung pada bulan Mac di wilayah Gangwon dan  rakyat Malaysia boleh mengambil peluang ini untuk menikmati suasana musim salji yang sebenar. Sebenarnya ada banyak aktiviti yang diwujudkan sempena menyambut Sukan Olimpik dan Paralimpik yang bakal menjelma tidak lama lagi selain, berpeluang melihat para atlet beraksi di acara sukan gemilang ini. Disamping itu, anda dapat melihat ski festival di akhir musim sejuk. Menurut Ms Nuri Kim, Gangwon Tourism Marketing Manager, Wilayah Gangwon akan melancarkan Pelan Pemasaran yang bertemakan warisan Olimpik dan Christmas in March akan menjadi acara tahunan mereka.

3 Januari 2018

Ashrin Food Menyediakan Perkhidmatan Sandwich Delivery dan Sandwich Supplier

Tulisan pertama untuk tahun 2018, selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua. Lima hari telah kita lalui di tahun baru ini dan saya berikan sebuah tulisan yang pastinya membuat anda terliur. Maaf bukan tujuan menggoda perut anda, kerana saya dengar ramai yang sedang diet sekarang ni. Azam baru, katanya.

Jangan bimbang, tulisan ini tidak sekejam apa yang anda fikirkan. Tulisan ini berniat baik kepada perut anda dan masa anda. Ia tentang Ashrin Food. Tak pernah dengar ? atau sudah mendengar nama Ashrin Food tetapi, belum pernah mencubanya ? Saya tidak salahkan anda dan anda memang tidak bersalah apa-apa kerana tidak mencuba produk Ashrin Food. Ashrin Food merupakan pembuat atau pengeluar homemade sandwich dan merupakan anak jati Malaysia.
ASHRIN FOOD
Sebenarnya, Ashrin Food merupakan pembekal sandwich di kawasan Kuala Lumpur. Ashrin Food menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-
Sandwich Delivery
Ashrin Food
Ini zaman serba boleh, tidak perlu kaki melangkah masuk kedai untuk membeli barang. Hanya order melalui online dan pihak Ashrin food akan menghantar sandwich kepada anda. Tidak kira anda di rumah, pejabat atau mungkin anda memerlukan hidangan sandwich untuk majlis anda ? Pihak Ashrin mampu melakukannya.

Sandwich Supplier / Pembekal Sandwich di Kuala Lumpur

Ashrin Food
Jika anda mempunyai gerai, restoran, kiosk dan sebagainya dan mahu memborong sandwich untuk perniagaan anda, pihak Ashrin food ada menyediakan perkhidmatan pembekal. Harga ? pastilah dengan harga borong. Lebih murah dari harga sandwich delivery. Harga borong mampu memberi keuntungan  kepada perniagaan anda. Jika berminat anda boleh menghubungi pihak Ashrin Food melalui WA atau direct message kepada FB Fan Page mereka.

Sandwich Boxes Surprise
Ashrin Food
Selalu kita dengar tentang flowers atau gift surprise delivery kepada kawan-kawan atau pasangan kekasih. Apa kata, sesekali tunjukkan kasih sayang anda melalui sandwich pula. Kejutkan pasangan anda melalui sandwich dipagi hari iaitu melalui sandwich box yang di hantar ke pejabat sang pasangan. Si dia pasti kegirangan selain perutnya juga akan kenyang. Sweet ? buatlah, tunggu apa lagi ! hehe

Ashrin Sandwich terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu :-

Mini Sandwich | Sandwich Boxes  |  Single Sandwich

Manusia punya citarasa berbeza, oleh itu Ashrin Food menyediakan 10 jenis sandwich untuk anda pilih. Semuanya sedap-sedap. Jenis-jenis tersebut adalah :-

Tuna  | Sardine | Ayam  | Vege  | Coeslow  | Fresh  | Crab   |  Prawn  | Cheese  | Egg Mayo

Antara kelebihan yang ada pada Ashrin Sandwich selain lazat, ia juga menggunakan bahan-bahan segar.  Ashrin Sandwich merupakan homemade sandwich dengan konsep 

penghantaran dari rumah ke rumah. Anda order, kami hantar

Setiap orang berhak untuk mendapatkan yang terbaik, demikian juga perut anda dan perut orang-orang tersayang disekitar anda. Jadikan Ashrin Sandwich sebagai salah satu cara anda menghargai mereka. Makan bersama atau menghantar sandwich kepada mereka.

Kenapa Ashrin Sandwich menjadi pilihan ? ada banyak sebab sebenarnya. Saya tuliskan sedikit saja, yang lain biarlah mulut anda sendiri yang merasakannya. Inti sandwich dimasak sempurna mengikut citarasa ramai, roti yang digunakan tidak keras dan tidak terlalu lembut. Bak kata orang 'yang sedang-sedang saja'. Kotak sandwich atau packaging adalah berkualiti dan sandwich yang dijual mempunyai tarikh luput yang nyata. Boleh makan tanpa ragu-ragu.
Berminat untuk mencuba ? atau ingin menghantar kejutan kepada pasangan/kawan ? atau mahu menjadi supplier ? hubungi Ashrin Food dengan media sosial berikut :

Instagram : Ashrin Food
Email : ashrinfood@gmail.com

22 Disember 2017

TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA

Di setiap perjalanan ada cerita yang harus dituliskan kerana, di setiap pandangan ada hati yang merasakan. Perjalanan ini merupakan impian saya sejak beberapa tahun yang telah berlalu namun, sering kali gagal kerana ada perjalanan lain yang harus ditempuh selain maju menuju hujung peta negeri kesayanganku. Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah - 16 Disember 2017 akhirnya mendapat posisi kecil dalam sudut memori saya, tidak hanya hari ini tetapi, untuk selamanya. 
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Tanjung Simpang Mengayau atau turut dikenal sebagai Tip Of Borneo merupakan satu destinasi pelancongan yang wajib dilawat oleh semua. Ia merupakan titik pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu. 

Sebenarnya, ada seribu rasa bertakung di dada ketika memejamkan mata pada malam 14 Disember yang lalu. Hujan turun dengan lebatnya dan dinyatakan dimana-mana dalam media sosial bahawa banjir sedang melanda Kota Belud dan juga, Kota Marudu. Kawasan tersebut merupakan laluan perjalanan ke Pitas. Kami harus berada di Pitas untuk sebuah acara Natal Gabungan dan acara tersebut telah dirancang sejak satu tahun lalu. Sebuah acara yang saya nanti-nantikan dan itu turut bermakna saya akan berjaya menjejaki daerah Pitas untuk pertama kalinya dalam hidup. Jika tidak, saya pasti tidak memiliki gambar kenangan seperti di bawah ini.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Hanya Pitas, itu kata kamu. Tidak bagi saya. Ini daerah dihujung dunia yang unik. Menembus banyak perjalanan, menguak banyak cerita sepanjang perjalanan. Kata orang Pitas itu terlalu jauh untuk dilawati, hakikatnya ia hanya kata belaka sang manusia yang suka berkata lebih. Ia tidak terlalu jauh. Saya pernah menempuh perjalanan berkenderaan selama lapan jam menuju suatu lokasi. Pitas tidak terlalu jauh. Cuma ia masih kurang menerima pembangunan, seakan sang pemerintah menutup mata melihat kewujudan daerah ini dinegeri Sabah.

Kami tiba di pekan Pitas sebelum jam 12 tengahari. Malam sebelumnya, melalui sesi perbincangan pertemuan akhir para peserta yang akan ke Pitas dimaklumkan jika, hujan berlarutan hingga ke pagi maka perjalanan ke Pitas tidak akan diteruskan.  Kami menetapkan jam 7 pagi sebagai waktu untuk bertolak dan seharusnya masa itu tidak hujan. Jika hujan, perjalanan akan dibatalkan kerana kawasan Kota Belud dan Kota Marudu malam itu sedang banjir. Saya secara peribadi masih mengharapkan agar awan-awan tertutup dari menurunkan hujan. Saya menutup mata malam ketika hujan masih turun dan tepat jam 5:48 pagi saya terbangun dari lenanya tidur. Saya terdengar bunyi tetapi, kurang pasti apakah itu hujan atau air sungai paya yang mengalir di dekat rumah. Saya tidak membuka mata kerana takut akan kecewa jika itu ternyata adalah hujan. Saya mengamati bunyi itu dan masih kurang pasti 'hujankah itu?' .....inginkan kepastian saya berdiri melihat ke luar lalu mengarahkan pandangan ke awan. 'Cerah' dan tanpa ragu saya menyakini bahawa ia akan cerah sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami. Keadaan tanpa setitis pun gerimis turun ke bumi membuat perjalanan kami lancar dan mulus.

Ketika tiba di Kota Belud dan Kota Marudu masih terlihat baki air yang belum surut dari proses banjir semalam. Suasana itu membuat kami tahu bahawa perjalanan kami bukanlah hak kami sendiri tetapi, semua kerana penyertaan Tuhan semata.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Tiba di Pekan Pitas, sang mentari bersinar gah di atas kepala. Ternyata, Pitas belum dilawati hujan sejak beberapa hari itu. Kami tiba di Gereja Baptis Pitas dan itu setelah jalan kami diketuai oleh beberapa jemaat gereja tersebut. Kami disambut dengan mesra dan juga, dengan makanan tengahari 'Telur dan Ikan goreng'. Terima kasih GB Pitas ! Kami diberi pilihan samaada untuk  tidur di motel yang berhampiran atau menikmati tidur di gereja saja. Jika inginkan tidur nikmat pasti motel menjadi pilihan tetapi, jika pengalaman menjadi sasaran maka tidur digereja adalah hal yang terindah. Justeru, kami sepakat untuk tidur digereja dan para pemuda tidur di bilik sekolah minggu dan beberapa pemuda lainnya tidur dalam khemah. Sebuah pengalaman yang nikmat untuk dikecapi dan disemat dalam memori indah sebuah kehidupan.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Jam 3 petang aktiviti sukaneka berlangsung. Banyak sukan dan permainan dijalankan.  Selesai aktiviti tersebut kami memiliki beberapa jam untuk melakukan aktiviti sendiri. Oleh kerana tempat itu berada dalam kawasan pekan Pitas maka, Pasar malam menjadi tumpuan kami. Jika perbandingan dijalankan di antara beberapa pasar malam dinegeri Sabah, Pasar malam Pekan Pitas menjadi salah satu pekan pilihan saya. Satu sebabnya kerana ia bebas dari orang asing yang terhegeh-hegeh menyakat orang untuk membeli rokok, bebas dari sampah-sampah dan bebas gelandangan dan untuk itu saya berani membeli minuman dan makanan yang dijual oleh penjaja /penjual yang ada.  Saya hanya melakukan itu ditempat yang saya yakini tahap kebersihannya.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Jam 6.30 petang kami harus kembali ke dewan untuk makan malam. Sebenarnya perut sudah tidak perlu diisi oleh makanan lagi kerana, mulut sudah dicicipi dengan banyak jenis makanan dipasar malam. Jam 7.30 ibadah berlangsung dan juga persembahan-persembahan dari setiap PMM gereja yang ada. Pasti terfikir oleh kalian, 'tidak mandikah kami?' . Pasti mandi ! mandi dengan air yang kurang daripada setengah baldi kecil. Jika ditanya antara makanan sedap, tempat tidur yang selesa atau kemudahan air yang cukup, saya memilih untuk mendapatkan air yang cukup. Air di tempat kami menginap agak terhad dan untuk berus gigi kami harus menggunakan air mineral. Namun, itu bukan alasan untuk kami tidak bersukacita. Melalui keadaan tersebut kami tahu erti sebuah nilai kehidupan, mensyukuri segala hal yang ada.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Satu malam telah berlalu, tiba waktu untuk bersurai dengan tuan rumah. Kami bercadang untuk bergerak seawal jam 6 pagi kerana Simpang Mengayau menjadi destinasi persinggahan kami seterusnya. Sarapan pagi hanya akan disediakan pada jam 8 pagi. Itu tidak apa-apa. Kami tidak perlu dijamu sebaik itu, tempat tinggal yang terbuka sudah cukup bagi kami. Namun, tuan rumah telah dengan baik hati bangun awal-awal menyediakan sarapan buat kami. Apa lagi yang boleh kami lakukan ? selain makan dan menikmati sarapan itu dengan ucapan terima kasih. Selesai sarapan kami bergerak pada jam 6:44 pagi. Terima kasih GB Pitas dan selamat bertemu di  kesempatan waktu yang lain.


Tanjung Simpang Mengayau saya datang ...

Mengapa saya seghairah ini ketika menceritakan kisah Simpang Mengayau, Kudat ? saya juga tidak tahu. Atau kerana saya sudah terlalu lama menunggu detik ini. Mungkin. Dari kejauhan ketika melihat ombak memukul mesra lautan, saya merasakan bahawa tempat itu sangat cantik untuk dimajukan dan dikomersialkan. Tip of Borneo, akhirnya kaki saya berjaya menikmati panorama itu tanpa perlu mendengar apa kata orang lain tentangnya. Perjalanan ini seperti dejavu, banyak tempat yang untuk pertama kalinya saya lalui  telah saya lalui sebelumnya dalam mimpi.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Ada kata tertulis 'keluarlah dari zon nyaman hidupmu, melangkah hingga ke hujung dunia'. Hujung dunia itu di mana ? tiada siapa yang tahu. Beberapa tahun yang lalu ada seorang Amerika berkata begini 'saya baru kembali dari hujung dunia. Hujung dunia itu ada di Kudat' . Saya tidak pernah melupakan perkataan itu, kerana ketika mendengarkan hal itu saya mulai menyimpan hajat untuk turut berada di hujung dunia itu. Hari ini saya akhirnya berjaya menjejaki hujung dunia, iaitu Kudat. Ia bukan hujung dunia sebenarnya, ia hanyalah hujung peta negeri Sabah.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Destinasi bukanlah sebuah tempat, melainkan cara baru untuk melihat sesuatu.

30 November 2017

Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS

Untuk apa menjejak suatu tempat tanpa mengalami semua keistimewaan yang ada termasuk menikmati makanan terkenal kawasan tersebut, belajar tentang budaya dan festival serta menikmati keaslian dan keindahan kota yang ada. Sekadar melawat tanpa mendapat pengalaman ? itu kesia-siaan namanya.

Percutian ke PyeongChang, Korea Selatan tidaklah sesukar yang difikirkan semua orang. Syaratnya, harus bijak merancang percutian. Artikel sebelum ini saya tulis tentang KTX Service dan stesen-stesen yang perlu anda tahu untuk menyambungkan perjalanan sempurna dari satu bandar ke bandar Olimpik yang lain. Saya turut menyatakan beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika berada di PyeongChang secara terperinci.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Tulisan kali ini mengupas banyak keistimewaan perjalanan mengelilingi kota PyeongChang dari lokasi penggambaran terbaik, lokasi pelancongan wajib dilawati, makanan tradisi dan festival yang sedang dijalankan di PyeongChang. 

Perjalanan ini tidak sempurna jika tanpa PyeongChang KORAIL PASS. Dengan adanya pass ini, wang tunai tidak diperlukan untuk membayar bas lagi. Bagaimana mendapatkan PyeongChang KORAIL PASS ? baca artikel sebelum ini. Saya sudah jelaskan semuanya secara terperinci. Korea Selatan merupakan negara maju yang serba ada. Oleh itu, sebagai pelancong atau pengunjung wajib mendapatka info tentang hal-hal baru yang sedang mereka jalankan. Info sudah ada, hanya perlu dibaca dan difahami dan dilakukan. 

PyeongChang merupakan kawasan yang terletak di pergunungan Taebak. Istimewanya lagi, PyeongChang turut mempunyai slogan tersendiri iaitu 'Happy700PyeongChang' yang turut bermaksud bahawa keadaan penduduk daerah tersebut harus tertatah baik, kesihatan yang baik, daerah tempat percutian terbaik atau singkat kata sebagai alam indah, kesihatan terbaik dan penduduk panjang umur.

TARIKAN PELANCONGAN DI PYEONGCHANG

Sky Ranch / Ladang Ternakan

Ladang ternakan yang disebut sebagai 'Sky Ranch' ini telah terwujud sejak 1974 dan memiliki 40 tahun kisah sejarah dengan keluasan 9 million kaki persegi.  Terkini Sky Ranch mempunyai 400 lembu Holstein dan juga lembu Korea yang dikenali sebagai Hanu. Ladang ternakan ini terletak di kawasan tanah sejuk. Kawasan tanah tinggi ? keadaan udara pasti segar dan sejuk meski di musim panas sekalipun. Selain indah, ia juga tenang dan sesuai untuk jalan-jalan riadah.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Lokasi : 468 Hoenggye-ri, Daegwalnyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Samyang Ranch / Ladang Ternakan Samyang

Samyang ranch merupakan ladang ternakan rumput terbesar di Asia. Padang rumput hijau menjadi medan lembu-lembu memakan rumput segar yang bersih. Pemandangan dari atas kawasan berketingging 1,470 meter ini turut menjadi tanda yang memang telah dikenali ramai. Jika anda tiba di Daegwallyeong Observatory, sejauh mata memandang akan melihat sehinggan Gangneung, Jumunjin  bahkan, lautan Timur.

Lokasi : 708-9, Kkotbadyangji-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Ladang Ternakan Biri-Biri Daegwallyeong

Ladang ternakan Daegwallyeong ini dibangunkan dengan keluasan 195 kilometer dan merupakan hak milik persendirian.

Saya suka melihat ladang ternakan, melihat binatang ternakan berkeliaran dengan tanpa perlu risau akan musuh. PyeongChang memiliki banyak kawasan ternakan tetapi, Daegwallyeong merupakan ladang yang satu-satunya membesarkan kambing biri-biri. Pengunjung juga berpeluang melihat kambing biri-biri sedang meragut rumput dari jarak dekat kerana terdapatnya jalan mengelilingi padang ragut berukuran 1.2 meter yang telah dibina. Ia mengambil lebih kurang 40 minit perjalanan mengikut laluan yang terbina.

Pernah melihat backdrop movie ' The Man from Mars' ? dikawasan padang Daegwallyeong turut terdapat gubuk kayu sama seperti dalam movie tersebut. Gubuk tersebut menjadi lokasi penggambaran yang terkenal. Jika anda inginkan pengalaman lebih mengenali biri-biri, jangan lupa untuk dapat dapatkan kebenaran memberi makan biri-biri dan tidak hanya itu, anda juga berpeluang untuk menyentuh biri-biri ! Satu pengalaman baru tentunya.

Lokasi : 483-32, Daegwallyeongmaru-gil, Daegwannyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gnagwon-do

Ujiyaji Wind Village / Kampung Kincir Angin Ujiyaji

Ia terletak dikawasan tanah tinggi PyeongChang dimanasukan Olimpik musim sejuk pada 2018 diadakan. Uiyaji Baram Maeul (Perkampungan kincir angin Uiyaji) merupakan perkampungan yang terletak dipergunungan Daegwallyeong. Disini anda boleh melihat perlbagai aktiviti istimewa seperti membuat keju atau aiskrim sambil melihat pemandangan indah kincir angin.

Lokasi : 137, Kkobadyangji-gil, Pyeongchang-Gangwon-do

Jeongganwon

Mahu menikmati pengalaman citarasa budaya makanan tradisional orang Korea ? ini tempat yang wajib anda lawat. Ia memberikan 1001 pengalaman dan pengetahuan tentang makanan Korea. Di tempat ini terdapat pelbagai makanan Korea yang dibuat asli seperti makanan zaman dahulu. Terdapat dewan ixhibition, fermentation room meliputi keluasan 10,000 pyeng (3307.85 m2).
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Lokasi : 21-4, Baegokpo-ri, Yongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gnagwon-do

Woljeongsa Temple

Woljeongsa Temple terletak di hutan lembah dibahagian timur gunung Odaesan and menghimpunkan 60 kuil dan 8 monastries digabungakan menjadi satu kuil yang besar. Kuil Woljeongsa diperkenalkan oleh Monk Ja Jang (590-658). Di Kuil Woljeongsa anda terdapat satu muzium dimana para pengunjung boleh melihat dan mengetahui budaya  Buddha pada dinasti Goryeo (918-1392), kisah 9 pagoda oktagon yang juga dikenali sebagai Sari Pagoda (relic Pagoda dan bentuk batu tempat duduk Buddha.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Woljeongsa Temple juga turut dikatakan menyimpan khazanah tulang Buddha dan terdapat sermon hall yang besar iaitu Jeokgwangjeon Pavilion. Woljeongsa Temple telah dibaik-pulih selepas perang Korea 1950 dimana banyak kuil dan bangunan dibakar seperti Chilbulbojeon, Yeongsanjeon, Gwangneungjon, Jinyenggak dan 17 buah bangunan lain.

Lokasi : 63, Dongsan-ri, Jinbu-nyeon, Pyeongchang-gun, Gnagwon-do

Yongpyong Resort

Yongpyong Resort terletak di tengah banjaran pergunungan Baekdudaegan Korea dan anggaran purata salji yang turun setiap musim adalah 250 cm. Keadaan cuaca ini menjadikan ia lokasi terbaik untuk permainan sukan ski. Tidak hanya itu, lokasi ini mempunyai keluasan 17 million square meter dan 45-lubang golf, gondola, kolam renang dan banyak fasiliti terbaik yang pasti membuat semua pengunjung tertarik.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
Resort ini sangat sesuai untuk bersantai selain lari daripada kebingitan kota yang penuh pencemaran dan sibuk. Yongpyong Resort menawarkan tempat dan fasiliti bermain ski terbaik dan terbukti dengan banyak penganjuran sukan musim sejuk berprestij  antarabangsa di resort ini termasuklah  World Cup Ski Competition dan Asian Winter Games. Lokasi dan fasiliti terbaik menjadikan resort ini mendapat sambautan baik dari para pengunjung. Tambahan pula resort ini turut menawarkan penginapan hotel,  codominium dan asrama untuk para remaja.

Jika and amerupakan peminat Eun-Tak dalam drama 'Goblin' pasti tahu resort ini. Ia menjadi lokasi Eun-Tak bekerja part time. Eun-Tak muncul mengendarai gondola dengan menonjolkan pemandangan indah pergunungan Balwangsan. Yongpyong Ski Resort turut menjadi lokasi pilihan untuk acara sukan musim sejuk 2018 iaitu, PyeongChang Winter Olympics. Tidak hanya 'Goblin' menggunakan loasi ini tetapi juga, drama terkenal 'Winter Sonata' (2002).

Lokasi : 715, Olympic-ro, Daegwanryeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

FESTIVAL DI PYEONGCHANG ~ FESTIVAL PILIHAN PRECIOUS CLA
HYO SEOK CULTURAL FESTIVAL

Ada banyak festival di pyeongchang tetapi, satu festival yang menarik hati saya adalah Hyo Seok Cultural Festival. Ada apa dengan festival ini sehingga saya begitu menyukainya. Sebelum saya teruskan penulisan tentang festival ini ada baiknya saya perkenalkan Hyo Seok kepada anda kerana ia merupakan nadi kenapa festival ini diadakan.

Hyo Seok merupakan seorang penulis buku fiksyen yang terkenal dengan pena 'Gasan' pada era 1928. Antara buku yang pernah beliau terbitkan dan menjadi perbicaraan orang ramai suatu ketika dahulu adalah ' City and Ghost' , 'Unanticipated Meeting' , 'At Sea Near Russia' dan banyak lagi.  

Sebenarnya festival ini dirayakan untuk memperingati penulis Hyo Seok dengan mengangkat sebuah kisah novelnya yang  terkenal iaitu 'When Buckwheat Flowers Bloom' . Hyo Seok Cultural Festival membolehkan orang ramai menikmati keadaan dizaman Hyo Seok melalui lawatan ke kampung budaya Hyo Seok dimana kampung ini pernah dinobatkan sebagai 'First National Cultural Village' oleh Kementerian dan pelancongan korea pada tahun 1990. Dikampung budaya ini pengunjung dapat menikmati banyak perkara istimewa termasuk mengunjungi taman Gasan, Chungjujip, Kilang air dan pada hujung bulan Ogos pengunjung berpeluang menikmati kemekaran bunga soba. Saya menyukai Hyo Seok Cultural kerana saya seorang pencinta sastera dan juga sejarah selain menikmati suka kepada pemandangan indah.

PYEONGCHANG TROUT FESTIVAL

Festival ini tidak perlu saya ulas terlalu panjang kerana saya pernah menulisnya pada artikel sebelum ini. Festival ini sangat menarik kerana para pengunjung berpeluang untuk menangkap ikan trout. Ketika menangkap ikan trout, ada gembira yang melanda. Selain dapat menyentuh ikan trout, gelagat orang ramai juga dapat kita saksikan bagaimana reaksi mereka ketika menangkap ikan tersebut. Info lanjut mengenai festival ini boleh dibaca melalui artikel INI .

BELI DAN GUNA KORAIL PASS 

PyeongChang kaya dengan tempat-tempat menarik, makanan tradisi yang sedap dan festival unik yang meriah. Memang rugi bukan milik kita jika percutian dirancang dengan baik.  Percutian akan berjalan dengan lancar jika anda menggunakan perkhidmatan KTX dengan menggunakan PyeongChang Korail PASS. Korail Pass merupakan tiket yang boleh digunakan untuk memudahkan perjalanan anda daripada KTX eXpress dan shuttle bus kepada bandar-bandar Olimpik di PyeongChang. Sila baca artikel tentang tentang Stesen-Stesen yang terlibat dan Cara Pembelian Tiket.
Percutian Ke PyeongChang Korea Selatan Menggunakan PyeongChang KORAIL PASS
PyeongChang akan menjadi tuan rumah sukan Olimpik musim sejuk pada 2018 dan melawat PyeongChang awal tahun depan merupakan suatu keuntungan. Menggunakan Korail PASS adalah pilihan bijak. Semoga tulisan ini bermanfaat buat para pembaca.

Info lanjut tentang pembelian PyeongChang Korail Pass adalah seperti berikut :

Visit Korea KORAIL Pass 
KORAIL Pass Reservation 

 

loading...